エピソード

  • Lee Zii Jia Tiada Sokongan Kukuh | Ekosistem Pembangunan Badminton Lemah | Feat. Roslin Hashim & Datuk Ahmad Shapawi Ismail
    2025/04/18

    Tradisi keluarga "gila badminton" seperti Allahyarham Haji Sidek sudah tidak ada lagi. Untuk itu, zaman yang melahirkan ramai pemain badminton berkaliber itu harus diganti dengan satu sistem baru. Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi berpendapat sistem pembangunan badminton di sekolah adalah jawapannya.Pandangan panelis itu dipersetujui oleh mantan pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, yang berharap zaman gemilang badminton negara dapat dikembalikan. Abu Bakar Atan adalah moderator kali ini.

    続きを読む 一部表示
    50 分
  • Pengurus Bola Perlu Arif Benda Luar Padang | Ujian Pertama Harimau Malaya Wajah Baru | Feat. Datuk Dr. Pekan Ramli
    2025/04/16

    Ilmu amat penting dalam segala hal. Setiap yang dilakukan mesti bersandarkan ilmu. Apatah lagi kalau ingin menjadi pengurus pasukan bolasepak yang berjaya.Inilah yang dinukilkan oleh Datuk Dr Pekan Ramli dalam bukunya bertajuk Asas dan Strategi Menjadi Pengurus Bolasepak. Pekan Ramli, penganalisis sukan, pensyarah UiTM dan mantan wartawan sukan hadir di Channel 10 untuk mengupas persoalan itu sambil mencuit sedikit perihal bolasepak Malaysia masa kini. Beliau diwawancara oleh moderator Abu Bakar Atan.

    続きを読む 一部表示
    45 分
  • Indeks Persepsi Rasuah Kita Terbantut | Pemberi Maklumat Perlu Lebih Dilindungi | Feat. Dr. Muhammad Mohan
    2025/04/14

    Skor indeks persepsi rasuah di Malaysia adalah pada tangga 57. Bagi Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan kedudukan itu perlu diperbaiki walaupun ia membabitkan banyak aspek yang boleh mempengaruhinya.

    Untuk mencapai skor tangga ke-25 boleh tetapi ia adalah cabaran besar dan bergantung pada tatakelola yang baik. katanya. Kes-kes berprofil tinggi di mahkamah juga memberikan impak kepada skor berkenaan.Moderator Eyra Hussain mengajak Dr Muhammad Mohan mengupas isu ini secara mendalam sambil mencuit perlindungan pemberi maklumat dan akta yang melindungi mereka.

    続きを読む 一部表示
    43 分
  • Politik Sudah Stabil, Kini Masa PMX Pacu Negara Ke Pentas Lebih Tinggi | Feat. Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin
    2025/03/07

    Ekonomi semakin baik, begitu juga dengan situasi politik semasa tempatan.

    Kini tiba masanya PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim berganding bahu dengan segenap lapisan masyarakat untuk membawa Malaysia ke pentas lebih tinggi.

    Itu pendapat Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, seperti yang dilontarkannya di dalam episod Ngopi kali ini.

    続きを読む 一部表示
    24 分
  • Dari Padang Ke Kerusi Empuk FAM, Deadly Duo Mahu Jadikan Harimau Malaya Nombor 1 Asia | Feat. Dollah Salleh & Zainal Abidin Hassan
    2025/03/04

    Tumpu jadi pasukan nombor satu di Asia Tenggara. Itulah nasihat Tunku Mahkota Johor kepada pimpinan baru FAM ketika mereka mengadakan kunjung hormat di Johor Bahru baru-baru ini.Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan yang hadir dalam kunjungan hormat itu menyifatkan idea TMJ itu sangat bernas."Tak perlu drastik. Kemajuan bolasepak kita mesti dilakukan secara berperingkat. Step by step," kata keduanya kepada moderator Channel 10 Abu Bakar Atan.

    続きを読む 一部表示
    43 分
  • Dari Pelarian Palestin, Kini Warganegara Malaysia | Saya "King of Lamb Shank" | Feat. Chef Ammar Al-Ali
    2025/02/25

    Dari Nablus, Palestin, dia memulakan langkah untuk mencari penghidupan baru yang lebih baik. Destinasinya Brunei Darusalam. Tujuannya untuk melanjutkan pelajaran.

    Malangnya, dengan penguasaan bahasa Inggeris yang terhad kepada “Good Morning” sahaja, Chef Ammar terkandas di Kuala Lumpur. Dari situlah bermulanya warna-warni kehidupan beliau.

    Ikuti perjalanan hidup menarik Chef Ammar seperti yang diceritakan kepada moderator Channel 10, Ady Faizal Adlin.

    続きを読む 一部表示
    46 分
  • Dari Padang Kilat Ke Pentas Dunia, TNB Sinari Hoki Negara | Feat. Datuk Seri Subahan Kamal
    2025/02/23

    Hoki dan TNB itu sinonim. TNB sudah membina satu ekosistem yang lengkap dan bersepadu. Ia tidak sahaja terhad kepada penajaan kejohanan tetapi merangkumi pembangunan bakat di peringkat akar umbi, penyediaan infrastruktur dan kemudahan sukan. Ini memastikan kesinambungan generasi pemain hoki Malaysia yang berbakat. Dengarkan episod ini yang dihoskan Abu Bakar Atan bersama panelis, Presiden Kesatuan Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal.

    続きを読む 一部表示
    47 分
  • BAM Bantu Semua Pemain Badminton, Tidak Kira Siapa, Termasuk Lee Zii Jia | Feat. Datuk Kenny Goh
    2025/02/19

    Impian menggapai pingat emas acara badminton di Sukan Olimpik Los Angeles menjadi matlamat utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Disebabkan hasrat itulah BAM mengambil jurulatih-jurulatih terbaik dunia manakala jurulatih-jurulatih dan pemain ada KPI untuk dicapai.Demikianlah seriusnya BAM dalam mengejar emas yang begitu sukar diperolehi itu, kata Setiausaha Agungnya,Datuk Kenny Goh kepada moderator Channel 10, Abu Bakar Atan.

    続きを読む 一部表示
    41 分