『Ngopi@Channel 10』のカバーアート

Ngopi@Channel 10

Ngopi@Channel 10

著者: Channel 10 Malaysia
無料で聴く

このコンテンツについて

Ngopi@Channel 10 merupakan sebuah wadah temubual bersama sosok yang mencorak lanskap politik, sosial, ekonomi, seni dan budaya tanahair. Diterbitkan Rindu Ilmu Media Sdn. Bhd., penonton dan pendengar boleh mendapatkan maklumat terkini, sahih dan berfakta yang diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman anda tentang sesuatu isu. Jangan lupa untuk subscribe saluran podcast kami. Channel 10 Malaysia juga boleh di-follow di Facebook, Instagram, X, TikTok dan YouTube. Atau hubungi kami di admin@rinduilmu.com untuk sebarang pertanyaan lanjut. Selamat mendengar.Channel 10 Malaysia 政治・政府
エピソード
  • Lee Zii Jia Tiada Sokongan Kukuh | Ekosistem Pembangunan Badminton Lemah | Feat. Roslin Hashim & Datuk Ahmad Shapawi Ismail
    2025/04/18

    Tradisi keluarga "gila badminton" seperti Allahyarham Haji Sidek sudah tidak ada lagi. Untuk itu, zaman yang melahirkan ramai pemain badminton berkaliber itu harus diganti dengan satu sistem baru. Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi berpendapat sistem pembangunan badminton di sekolah adalah jawapannya.Pandangan panelis itu dipersetujui oleh mantan pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, yang berharap zaman gemilang badminton negara dapat dikembalikan. Abu Bakar Atan adalah moderator kali ini.

    続きを読む 一部表示
    50 分
  • Pengurus Bola Perlu Arif Benda Luar Padang | Ujian Pertama Harimau Malaya Wajah Baru | Feat. Datuk Dr. Pekan Ramli
    2025/04/16

    Ilmu amat penting dalam segala hal. Setiap yang dilakukan mesti bersandarkan ilmu. Apatah lagi kalau ingin menjadi pengurus pasukan bolasepak yang berjaya.Inilah yang dinukilkan oleh Datuk Dr Pekan Ramli dalam bukunya bertajuk Asas dan Strategi Menjadi Pengurus Bolasepak. Pekan Ramli, penganalisis sukan, pensyarah UiTM dan mantan wartawan sukan hadir di Channel 10 untuk mengupas persoalan itu sambil mencuit sedikit perihal bolasepak Malaysia masa kini. Beliau diwawancara oleh moderator Abu Bakar Atan.

    続きを読む 一部表示
    45 分
  • Indeks Persepsi Rasuah Kita Terbantut | Pemberi Maklumat Perlu Lebih Dilindungi | Feat. Dr. Muhammad Mohan
    2025/04/14

    Skor indeks persepsi rasuah di Malaysia adalah pada tangga 57. Bagi Presiden Transparency International Malaysia, Dr Muhammad Mohan kedudukan itu perlu diperbaiki walaupun ia membabitkan banyak aspek yang boleh mempengaruhinya.

    Untuk mencapai skor tangga ke-25 boleh tetapi ia adalah cabaran besar dan bergantung pada tatakelola yang baik. katanya. Kes-kes berprofil tinggi di mahkamah juga memberikan impak kepada skor berkenaan.Moderator Eyra Hussain mengajak Dr Muhammad Mohan mengupas isu ini secara mendalam sambil mencuit perlindungan pemberi maklumat dan akta yang melindungi mereka.

    続きを読む 一部表示
    43 分
まだレビューはありません