エピソード

  • Perkembangan AI Terlalu Pantas Mampu Gugat Keselamatan Sejagat
    2026/09/20
    Antara nama besar dalam dunia teknologi memberi amaran pembangunan kecerdasan buatan atau AI yang semakin berkuasa mungkin sukar dikawal. Ketua Anthropic, Dario Amodei, Elon Musk dan Ketua Eksekutif OpenAI, Sam Altman, bersetuju dengan para penyelidik kemungkinan AI pada suatu hari nanti akan mengatasi keupayaan manusia sehingga mempertaruhkan nyawa kita.

    #sbsaudiopodcast
    続きを読む 一部表示
    9 分
  • Jalur Gemilang Berkibar Di Perantauan Bangkitkan Patriotisme Warga Malaysia
    2026/09/18
    Walaupun jauh di perantauan, warga Malaysia di Melbourne tetap menyambut Hari Malaysia dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang indah di Federation Square, di tengah-tengah ibu kota Victoria.

    #sbsaudiopodcast
    続きを読む 一部表示
    7 分
  • Golongan Migran Hadapi Risiko Kelemasan Lebih Tinggi Berbanding Warga Tempatan
    2026/09/11
    Royal Life Saving Australia dan Surf Life Saving Australia mengeluarkan laporan kebangsaan mengenai kematian akibat lemas yang menunjuk 313 nyawa terkorban di kawasan perairan Australia dalam tempoh 12 bulan lalu. Apa yang membimbangkan, kadar kematian akibat lemas jauh lebih tinggi di kawasan luar bandar dan menimpa lebih ramai mangsa yang berasal dari luar negara.

    #sbsaudiopodcast
    続きを読む 一部表示
    9 分
  • Akses Pesanan Produk Makanan Malaysia Mampu Pupuk Multikulturalisme
    2026/09/10
    Apakah anda teringin snek popular dari Malaysia atau perlu ramuan paste rempah asli untuk menyediakan sajian Malaysia kegemaran anda, namun tidak ada masa atau kesempatan untuk pergi ke pasaraya Asia? Kini di Australia wujud khidmat pesanan online yang membolehkan barangan makanan Malaysia dihantar terus ke rumah anda.

    #sbsaudiopodcast
    続きを読む 一部表示
    7 分
  • How can my child learn about Indigenous Australia? - Mendidik Anak Anda Tentang Sejarah Dan Warisan Budaya Warga Pertama Australia
    2026/09/03
    Supporting your child’s connection with the world’s oldest continuing living culture is one of the greatest gifts you can offer them while raising them in Australia. But if you’re new to the country, you may be unsure where to begin. Here are some starting points and ideas to help you and your child learn about Aboriginal and Torres Strait Islander peoples, cultures and history. - Membantu anak anda mengenali, memahami dan membina hubungan dengan budaya tertua di dunia yang masih berterusan sehingga kini adalah antara hadiah terbaik yang boleh anda beri kepada mereka. Namun, jika anda baru berpindah ke negara ini, anda mungkin tidak pasti di mana hendak bermula. Berikut adalah sumber pendidikan, aktiviti komuniti dan pengalaman harian yang mampu membantu anda sekeluarga mengenali dengan lebih dekat masyarakat, budaya dan sejarah warga pertama Australia.
    続きを読む 一部表示
    9 分
  • Apakah Rahsia Kejayaan Dua Warga Malaysia Buka Restoran Ke-3 Di Melbourne?
    2026/09/02
    Apakah inspirasi yang mendorong dua warga Malaysia kecapi kejayaan membuka restoran ketiga mereka di bandar Melbourne? SBS Bahasa Melayu berpeluang menemubual pemilik bersama, Ju Lin Tan, dan Chef Ray Ulaganathan, serta menikmati sajian yang menggabungkan citarasa terbaik dari Timur dan Barat.
    続きを読む 一部表示
    8 分
  • Can you pick fruit from someone's garden? - Apakah Buah Dan Bunga Dari Pokok Di Jalur Hijau Boleh DiPetik Tanpa Kebenaran?
    2026/08/20
    Walking through an Australian suburb, you might spot everything from curry leaves and lemons to tomatoes and herbs growing in front gardens or on verges. But is it legal to pick it? This guide explains when it's legal to pick produce, why permission matters, and how community gardens offer another way to grow your own food. - Di Australia, wujud pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan herba yang ditanam di perkarangan atau di jalur hijau di depan rumah. Namun, bolehkah anda memetik hasil tanaman terbabit? Dalam episod Australia Explained kali ini, ketahui apa yang dibenarkan, perkara yang terlarang serta bagaimana kebun komuniti menawarkan alternatif untuk bercucuk-tanam.
    続きを読む 一部表示
    7 分
  • Rempah Ratus Merentasi Benua Menyatupadu Komuniti
    2026/08/20
    Sejak zaman pertengahan hinggalah ke kurun tujuh-belas, rempah-ratus dianggap lebih bernilai daripada emas, menjadikannya bahan rebutan di antara kuasa besar ketika itu yang sanggup berperang untuk menguasai laluan rempah dikenali sebagai the Spice Route. Harganya kini mungkin tidak setinggi, namun nilai rempah-ratus sebagai penyatupadu komuniti sememangnya masih tidak terkira. SBS Bahasa Melayu berpeluang menikmati kembara kulinari yang memaparkan citarasa dari kepulauan Caribbean ke Australia, melalui India dan Malaysia.
    続きを読む 一部表示
    8 分